Saturday, June 30, 2012
0
Posted by
PEWIRA S.A.F
at
8:12 AM
5 Kesilapan Lelaki Ketika Memujuk Wanita Yang Menangis|Sememangnya kaum wanita cenderung lebih emosional dalam menghadapi masalah berbanding dengan kaum lelaki hinggakan mereka amat mudah menitiskan airmata.Kadangkala wanita menangis kerana masalah kecil atau tersedu-sedu akibat sesuatu yang membuat dirinya rasa tertekan. Kebanyak lelaki sering melakukan kesilapan ketika berusaha menenangkan dan cuba memujuk wanita yang sedang sedih malahan kadangkala membuat wanita semakin marah dan tangisan lebih menjadi-jadi...
Sebagai sedikit panduan,bila-bila masa anda cuba memujuk wanita yang menangis,elakkan dari mengatakan enam hal yang berikut kepadanya..
1."Cukuplah Tu, Lupakan Saja"
Kata-kata seperti ini adalah perkataan paling
kejam yang tidak seharusnya dilontarkan pada
wanita saat dia sedang
menangis. Wanita tidak perlu
diberitahu bila masanya dia harus
melupakan kesedihannya. Setiap
orang mengatasi kesedihan dan
rasa dukanya dengan cara yang
berbeza.Ada yang mampu dengan
cepat melupakan masalah, tapi
ada juga yang hanya dapat
melupakannya setelah
berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Lambat
ataupun cepat, rasa sedih itu
pun akan beransur-ansur
hilang. Mengeluarkan kata-kata sebegini
hanya akan membuatnya kesal
dan tentunya akan lebih sukar rasa
sedihnya itu hilang.
2."Masalahnya Tak Seteruk
Mana Pun..Takkanlah Sampai Menangis.."
Bila-bila pun wanita menangis pastinya disebabkan ada sesuatu yang
sangat teruk yang menimpanya
saat itu.Walaupun mungkin
masalah tersebut terlihat remeh
di mata lelaki atau orang lain, kiranya
wanita sampai menangis pastilah
kerana ada hal atau kejadian yang tidak
menyenangkan. Dengan mengatakan
yang masalahnya tidak terlalu
teruk akan terkesan seperti
meremehkan, padahal mungkin
itu adalah hal yang sangat
penting baginya.
3."Dahlah Tu..Aku Faham
Perasaanmu"
Hakikatnya,tidak ada siapa yang
benar-benar tahu apa yang
dirasakan oleh seseorang wanita saat dia
menangis.Kata-kata sebegini
memang boleh menunjukkan rasa
simpati,tetapi ianya sebenarnya akan terkesan
'palsu' pada wanita apatah lagi jika ia diucapkan
oleh lelaki yang telah menyakiti
hatinya.Memberikan sentuhan lembut pada bahu atau
merangkulnya lebih berkesan
untuk membuat perasaan wanita lebih
tenang dan baik.
4."Oic! Period Ya?"
Perasaan wanita sememangnya jadi lebih
sensitif dan sentimental ketika
period,tetapi bukanlah bererti
wanita dapat menerima jika
dikatakan seperti itu saat sedang
menangis.Kata-kata ini walau mungkin diucapkan dalam nada dan cara gurauan,tetapi ianya akan terkesan seolah anda merendahkan gendernya
sebagai seorang wanita.Tentu dia akan
merasa tangisannya hanya dianggap
remeh dan tidak bererti apa-apa.
5."Apa Menangis Ni..Tolonglah,Janganlah..Tak Elok.."
Melarang wanita menangis saat
dia sedang bersedih
bukanlah satu idea yang baik.Cara paling
tepat adalah menghadapi situasi tersebut dengan tenang dan membiarkan dia
meluahkan perasaan sedihnya.
Menyuruhnya agar berhenti menangis
sama seperti anda menganggap dirinya amat tidak stabil
dan tangisannya itu benar-benar
mengganggu. Malah menyuruhnya
berhenti menangis juga akan
membuatnya merasakan anda tidak peduli akan kesedihan yang dialaminya lantas akan membuatnya semakin berlinang
air mata.Cara terbaik
menghadapi wanita menangis
adalah dengan membiarkannya hingga
berhenti dan mendengar
apa yang dikatakannya selepas itu.
Lelaki. Ada yang sekali dia petik jari, berduyun perempuan datang padanya. Ada yang dah puas, macam-macam cara dicuba untuk memikat hati gadis idaman, tak juga dapat-dapat. Siap ada yang juga yang dah mandi bunga. Apapun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan perlu berusaha, selebihnya serahkan pada-Nya. Bercakap tentang memikat wanita, setiap orang punya strategi masing-masing.
Sebelum dapat, memang akan cakap. “apa saja untukmu”. Sebetulnya, wanita tak mengharapkan anda melakar namanya di langit biru atau menempah iklan semata-mata untuk menyatakan anda cintakan dia. Cukup sekadar membuat hatinya gembira dengan itu secara tak langsung akan terbitnya bahagia.
Berikut cara paling efektif untuk memikat wanita buat arjuna-arjuna “DTPM” (ditolak tapi pantang menyerah). Memang, tak ada siapa pun yang sempurna di dunia ni, tapi mungkin tips ni boleh buat anda sempurna di mata dan hati si dia.
1.Dah dapat nombor telefon atau dah add twitter atau facebook. Mulakan langkah pertama sebagai kawan dulu (pelan-pelan kayuh...). Perempuan tak suka lelaki terburu-buru atau bahasa lainnya, gelojoh.
2.Wanita sukakan perhatian. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Selalulah telefon, SMS, email dan sebagainya untuk bertanyakan khabar atau paling tidak Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati anda. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
3.Terima dia seadanya juga cuba memahami dan ambil tahu apa yang digemari dan disukainya. Bila rasa anda berdua punya keserasian dan dah kenal hati budi masing-masing, barulah ke langkah seterusnya, melamar sebagai kekasih hati.
4.Jadilah diri sendiri, sepanjang perhubungan. Tak perlu berpura-pura baik, kalau nak puji biar kena masa. Tak perlu buat-buat tunjuk ikhlas atau kontrol macho sangat. Tapi taklah bermakna anda boleh berkasar sesuka hati. Cuba kawal emosi dan tabiat buruk ketika anda berdua berjumpa.
5.Wanita suka sikap lelaki yang spontan, peka dan memahami-sesekali anda boleh membuat kejutan kepada si gadis dengan mengirimkan bunga atau hadiah. Tak perlu terlalu romantik sangat tapi janganlah sampai tak ambil berat langsung. Kalau nak buat candylight dinner, tak perlu beria-ria, make it simple!
6.Menepati janji. Kalau dah kata nak jumpa pukul 2pm. Pastikan lebih datang tepat pada masanya. Jangan berulang kali memberi alasan apatah lagi alasan yang sama.
7.Tunjukkan kemampuan serta keyakinan diri. Contoh, kalau takder duit buat cara takder duit. Kebanyakkan wanita sebenarnya lebih suka dengan lelaki yang bersikap sederhana biarpun lelaki itu seorang yang kaya raya. Kalau pandai berjenaka, setiap kali bertemu dan berbual-bual, esekali anda boleh buat lawak tapi awas, jangan sampai menonjolkan kebodohan diri. Wanita suka lelaki yang berkarisma, mampu menjadi pembimbing dan melindungi.
8.Jadilah pendengar yang baik dan sentiasa jujur. Sekiranya dia sedang bercerita tentang sesuatu atau mengadu masalah, anda harulah dengar dan sesekali berikanlah respon atau berikan pendapat bernas. Secara tak langsung menjadikan anda seorang yang memahami. Selalu menyokong dan memberi semangat padanya.
9.Cemburu buta, syak wasangka, membuat tuduhan melulu. Itu antara sebab yang boleh buat hubungan anda tidak berkekalan. Jangan gunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Letakkan kepercayaan padanya dan bukannya mengongkong. Sebaliknya anda perlu bersikap tenang dan tidak mudah melenting. Cuba selesaikan satu-satu perkara itu dengan mengajaknya berbincang secara baik.
10.Hormatinya dan jangan ambil kesempatan, itu penting! Kalau masih dalam peringkat berkawan, sentiasa ingatkan diri yang kalian hanya sekadar kawan. Jangan melebih-lebih. Kalau dalam peringkat sebagai kekasih, anda harus buat i gadis merasa dirinya amat penting, rasa istimewa dan jangan ambil ringan dalam semua perkara.
11.Berikan juga layanan yang baik dan mesra kepada rakan-rakan dan ahli keluarganya. Misalnya bertanyakan khabar keluarganya. Jika rakan-rakan dan keluarga tidak menyukai anda, si gadis juga mungkin akan mempunyai perasaan berbelah bagi terhadap anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)
SEARCH
99 NAMA ALLAH
Asmaul Husna 99 Beautiful Names of Allah
Lagu :)
Jam
visit now
Powered by Blogger.