Sunday, February 3, 2013

0

Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.


Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda ;
Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak berkata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu?

"Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku."

1.
Pahala yang berlipat ganda
2.
Keberkatan.

Kali ini saya nak kongsikan tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan.

1. Cara duduk
Seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.

Duduk makan cara sunnah...
Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.
Ada orang tanya, macammana kalau kita makan atas kerusi/meja? Macam mana nak duduk cara sunnah? Hmm, kalau makan atas kerusi/meja, tak bolehla nak ikut sunnah. Sebab kalau ikut sunnah, makan kena atas lantai. Barulah boleh duduk cara sunnah ni.
Kalau tanya saya, mana satu lebih baik, makan atas lantai ikut cara sunnah atau makan atas kerusi/meja, maka pastinya saya akan jawab, TENTUNYA CARA SUNNAH PALING BAGUS. Sebab di situ ada ganjaran PAHALA dan KEBERKATAN nya. So, terpulanglah pada masing-masing untuk amalkan.


2. Makan menggunakan tangan.
Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.

Makan dengan menggunakan 3 jari.
Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, Baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, saya 'no comment'.
Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer... 2 batang kayu jer guna. OK pulak. So, macam mana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??
Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amalkan sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.

4. Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa "Allahumma baariklana........."

5. Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur.
Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.


6. Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa "Bismillahiwa'ala barokatillah"

7. Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi.
Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.










8. Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah.

Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.
Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.





9. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.
Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal.
Biasanya kita makan ni ikut nafsu. Selagi tak kenyang, selagi tu lah kita 'melantak'. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara 'buffet'. Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Saya tak cakap pada orang lain sebab saya pun terkadang juga...

Sekian, semoga kita sama-sama dapat amal. Makan ikut cara sunnah Nabi SAW ni sangat-sangat penting sebenarnya. Sebab kita akan makan hari-hari. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Kalau kita makan tak ikut sunnah, maka kita hanya makan macam ikut adat saja. Macam lembu dan kambing makan. Makan sebab lapar dan sebab nak penuhi nafsu makan kita.

Tapi kalau kita makan ikut sunnah Nabi SAW, seperti yang di katakan tadi, kita akan dapat
1. PAHALA
2. KEBERKATAN.


Jadi, pilihan di tangan anda. Nak makan macam lembu dan kambing makan, atau nak ikut sunnah Nabi SAW?
Buatlah pilihan yang bijak...
* Mohon ditegur atau dikomen oleh ustaz-ustaz atau yang arif sekiranya saya salah memberikan info
~ Ilmu hak bersama.. ~

P/S: artikel ini dipetik dari e-mail seorang sahabat.
Sumber - http://islamitutinggi.blogspot.com/2010/04/panduan-cara-makan-ikut-sunnah-nabi-saw.html

0

Jaga 7 Sunnah Nabi Muhammad SAW


Jaga 7 Sunnah Nabi Muhammad SAW

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Karena, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama, Tahajjud
karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua, membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga,
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karena masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat,
jaga shalat Dhuha karena kunci rezeki terletak pada shalat dhuha.
Kelima
jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam
jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu shalat walau ia sedang tidak shalat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Dzikir, kata Arifin Ilham, adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berdzikir pula, oleh karena itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.
“Dzikir merupakan makanan rohani yang paling bergizi,” katanya, dan dengan dzikir berbagai kejahatan seperti narkoba, KKN, dan lainnya dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat hewani yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

0

Waktu-waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa


Waktu-waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa


Pada dasarnya semua masa adalah baik untuk melakukan ibadat kerana dalam Islam tidak ada waktu yang buruk atau waktu sial bagi mengerjakan atau memulakan sesuatu pekerjaan, yang ada dalam Islam ialah masa yang lebih baik untuk beribadat. Demikian juga ada masa-masa yang lebih baik dari masa-masa yang lain untuk berdoa di antara masa tersebut ialah : 


a. Waktu Malam
Waktu malam adalah waktu yang paling baik untuk beribadat kerana waktu tersebut sunyi sama sekali. Semua makhluk tidur setelah penat bekerja keras di siang hari. Bagi mereka yang insaf dan sedar, mereka tidak melepaskan peluang di waktu malam dengan beribadat dan berdoa. 
Allah s.w.t memperkenankan doa hambanya pada waktu malam dan para malaikat turun ke dunia untuk menyampaikan rahmat Allah s.w.t kepada semua makhluk pada waktu malam. Bukankah Nabi Muhammad s.a.w kita di Israk dan Mikraj pada waktu malam, oleh itu memang selayaknya kita gunakan waktu malam untuk berzikir dan berdoa kepada Allah s.w.t. 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya di waktu malam ada satu masa yang apabila seorang muslim meminta kebaikan kepada Allah tepat pada waktu itu, nescaya Allah memberinya". ( tafsir Yasin, Hammamy) 

Waktu-waktu yang paling baik untuk berdoa pada malam hari ada empat waktu iaitu :
1.Waktu tengah malam, iaitu apabila sudah lebih separuh malam (mulai pukul 1.00 malam).
2.Waktu bahagian kedua daripada sepertiga akhir malam.
3.Waktu sepertiga daripada sepertiga akhir malam.
4.Waktu sahur iaitu sedikit masa sebelum terbit fajar.
Jelas di sini waktu separuh malam sehingga terbit fajar adalah merupakan waktu yang berkat, waktu yang baik untuk memajukan permohonan. 

b. Waktu pagi - dikala matahari sedang naik (waktu dhuha)

c. Waktu petang - selepas sembahyang Asar

d. Pada hari Jumaat
Hari yang paling baik diantara hari-hari dalam seminggu ialah hari Jumaat. Ia merupakan saat-saat dikabulkan doa. Abu Huraurah meriwayatkan apabila Rasulullah s.a.w menceritakan tentang keutamaan hari Jumaat beliau bersabda : " Pada hari itu ada suatu saat, tiada seorang muslim yang sedang sembahyang bertepatan dengan saat itu, kemudian memohon kepada Allah melainkan dapat dipastikan Allah dapat memberinya". 
Imam Muslim meriwayatkan dari hadith Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari bahawa saat yang paling mustajab pada hari Jumaat ialah saat diantara duduknya imam di atas mimbar hingga selesai sembahyang Jumaat". 

e. Bulan Ramadhan 
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat dan kemuliaan dari awal Ramadhan hingga ke akhirnya. Sabda Allah s.w.t yang bemaksud, " Apabila tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah pintu-pintu langit". ( riwayat, Mutafaq Alaih) 
Pintu langit terbuka maksudnya Allah s.w.t mencurah-curahkan rahmat kepada hamba-hambanya yang memohon, berdoa dan beribadat kepadanya. 
Diantara kemustajaban bulan Ramadhan terdapat satu saat yang paling mustajab iaitu di saat turunya Al-Qadr. Allah akan memakbulkan setiap permohonan hambanya di saat tersebut dan barang siapa beribadat pada malam Lailatul Qadar sama seperti beribadat seribu bulan.

f. Malam Nisfu Sya'aban
Iaitu pada malam 15 hari bulan Syaaban di mana pada malam tersebut Allah s.w.t menukar buku catatan amalan setiap hari dari yang lama kepada yang baru, sudah selayaknyalah digunakan malam tersebut untuk berdoa dan memohon ampun dari Allah s.w.t. 

g. Malam Dua Hari Raya 
Iaitu malam hari raya Aidil Fitri dan raya Aidil Adha. 
Pada malam tersebut selain memperbanyakkan takbir digalakkan juga berdoa. 

h. Bulan Rejab 
Iaitu malam pertama bulan Rejab di mana malam tersebut sangat mustajab untuk berdoa. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, " Ada lima malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu : malam pertama daripada bulan Rejab, malam Nisfu Sya'aban, malam Jumaat dan dua hari raya". 

i. Ketika Sembahyang dan Selepasnya
Dalam sembahyang banyak lafaz doa, oleh itu perelokkan sembahyang, mudah-mudahan Allah memakbulkan permintaan dan permohonan ketika dalam sembahyang. 

j. Selepas Membaca Al-Quran terutama selepas khatam Al-Quran

k. Majlis Zikir atau Tahlil, selepas berzikir digalakkan berdoa kerana masa tersebut penuh dengan rahmat Allah

l. Selepas mengangkat air sembahyang

m. Selepas azan sembahyang

n. Selepas Iqamah
Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Al-Hakim bermaksud "Tidak ditolak doa di antara azan dan iqamah". para sahabat bertanya " Apakah yang harus kami baca ya Rasulullah s.a.w? Rasulullah s.a.w menjawab " Mintalah kepada Allah s.w.t kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat". 

Aamiin!

0

aga Aurat Lelaki Semasa Bersolat


Jaga Aurat Lelaki Semasa Bersolat


Kadang - kadang kita akan terjumpa situasi ni.. terutamanya bila bermusafir. Sama - sama kita menjaga aurat di dalam solat. Kerana dengan solat yang sempurna. Amalan solat kita akan diterima Allah :-)

Aurat lelaki, lutut sehingga pusat, Jika terbuka aurat, batal solat. Seperti gambar ini. Bila sujud baju terangkat keatas kerana baju yang di pakai pendek. Bersama menjaga Aurat di dalam solat. mahu pun di luar solat.
Semoga kita di rahmati Allah S.W.T.

Saturday, February 2, 2013

0

Dakwah


Konsep Dakwah Dalam Islam

Pendahuluan
Dakwah merupakan istilah yang khusus dalam islam. Ia merupakan satu kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap muslim yang mempunyai kemampuan, dalam sebarang bentuk dan dalam setiap kesempatan. Dakwah merupakan tugas para Rasul dan perintah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan juru dakwah pertama semenjak agama Islam diturunkan. Banyak perintah Allah yang ditujukan kepada Rasullullah supaya melaksanakan tugas tersebut secara kesinabungan, seperti Firman Allah yang bermaksud:“Dan serulah ia kepada tuhan engkau, sesungguhnya engkau di atas petunjuk yang luirus” (Al-Haj; 67)

Walaupun banyak ayat-ayat dalam Al-Quran menyuruh Nabi Muhammad SAW supaya berdakwah, tetapi ayat tersebut juga ditujukan untuk seluruh manusia muslim dan hanya dikecualikan bagi mereka yang dikecualikan oleh syara’.

Dakwah merupakan perlaksanaan terhadap perintah Allah, iaitu menyeru manusia ke arah ajaran Islam yang meliputi persolan teologi, syariah, akhlak, dan institusi. Dakwah merupakan satu usaha untuk mengajar kebenaran kepada mereka yang lalai, membawa berita baik tentang nikmat dunia dan nikmat syurga, memberi amaran tentang balasan neraka di akhirat dan kesengsaraannya. Melaksakan tugas dakwah merupakan puncak kebaikan dan kebahagiaan sepertimana Firman Allah yang bermaksud:“Siapakah yang lebih baik pertuturannya daripada mereka yang menggunakannya untuk menyeru manusia ke jalan Allah” (Fusilat 41; 33)

Definisi dakwah

Dari Sudut Bahasa
Dakwah kepada Islam merupakan satu teknik untuk menarik manusia kepada ajarannya sama ada secara teoritikal atau praktikal. Perkataan “DAKWAH” berasal daripada perkataan arab yang bererti mengajak, menyeru, menjemput, memanggil kepada sesuatu perkara sepertimana yang terdapat dalam Firman Allah:Ertinya: dan Allah menyeru kepada negara kesejahteraan….

Manakala orang yang menyampaikan dakwah disebut sebagai “PENDAKWAH” atau “PENDUKUNG DAKWAH”.

Dari erti perkataan dakwah dari segi bahasa tersebut memperlihatkan bahawa dakwah merupakan satu perkara yang memerlukan satu usaha atau kesungguhan sama ada secara amali atau teori bagi mencapai objektif yang digariskan, justeru itu di dalamnya terdapat tuntutan jihad dan amal.

Dari Segi Istilah
Banyak definisi dakwah dari sudut istilah telah diberikan oleh para Uamak Islam, antaranya:Ibn. Taimiyah: Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman dengan Allah serta beriman dengan apa yang telah dibawa oleh para Rasul-Nya dengan membenarkan apa yang telah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka.

Abul Ala’Al-Mawdudi: Dakwah adalah panggilan Ilahi dan Rasul mengajak manusia memiliki nilai-nilai suci dan agong. Dakwah adalah menghidupkan manusia, iaitu menghidupkan pancaindera, daya pemerhatian, daya rasa, daya ciptanya, menghidupkan dhamir, hati nurani dan bashirah. Menghidupkan manusia yang seimbang dari segi ilmu, iman dan amal. Ibadah, ikhtiar dan doa.

Definisi dakwah dapat disimpulkan:

Dakwah ialah menyeru manusia supaya taat dan beriman kepada Allah dan Rasul. Dakwah ialah mengajak manusia mengamalkan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam bagi menghidup dan menyeimbangkan manusia. Dakwah adalah usaha mengingati fitrah manusia dan seruan kepada pembebasan manusia dari ilah-ilah palsu dan kuasa tirani. Dakwah ialah usaha-usaha pembaikan dan pembangunan masyarakat yang berkesinabungan.

Kewajipan Berdakwah
Dakwah merupakan kewajipan yang dipertanggungjawabkan untuk umat islam seluruhnya tanpa kecuali mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing seperti Firman Allah yang bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan”

Ayat di atas menerangkan dua perkara, iaitu tentang kebaikan umat Islam(Khaira Ummatin) dan kebaikan umat Islam itu terletak kepada tugasnya menyuruh dan mengajak manusia berbuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Menurut Imam Al-Qurtubi, Allah telah menjadikan amar makruf nahi mungkar sebagai garis pemisah di antara orang beriman dengan orang munafik. Ia merupakan ciri orang beriman yang paling istimewa yang membezakannya dengan golongan munafik. Apabila umat Islam melalaikan tanggungjawab berdakwah maka Allah akan mengharamkan kedudukannya sebagai Khaira Ummatin(sebaik-baik umat), kerana Allah memberikan status umat mulia ke atas umat Islam kerana perlaksanan terhadap tanggungjawab dakwah.

Tanggungjawab berdakwah diletakkan ke atas setiap muslim sama ada lelaki atau perempuan, baligh, berakal, sama ada ulamak atau tidak, tetapi peranan ulamak lebih ditekankan dalam memperincikan ajaran agama kerana pengetahuan mereka yang luas. Ia boleh dilakukan sama ada secara perseorangan sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud:“Maka hendaklah yang telah menyaksikan antara kaum memyampaikan ilmu kepada orang yang tidak hadir” (Hadis Riwayat Bukhari; Kitab Sahih Bukhairy)

Dan juga boleh dilakukan berorganisasi terutama apabila terdapat aspek-aspek kerja dakwah yang tidak dapat dilakukan secara individu sepertimana Firman Allah yang bermaksud:“Hendaklah ada diantara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh membuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan”. (Ali Imran; 104)

Bagaimanapun, terdapat pendapat yang menyatakan wajib ke atas setiap umat Islam berdakwah, tetapi ia menjadi fardu kifayah iaitu tanggungjwab yang tertanggung kepada orang orang yang tertentu yang mempunyai syarat-syarat keahlian dalam sesuatu bidang yang tertentu yang memerlukan syarat-syarat tersebut yang tidak ada pihak lain menyempurnakannya.

Bagaimanapun, hukum fardu kifayah ini tidak bermaksud umat Islam yang lain harus berpeluk tubuh sekiranya kemungkaran terus berlaku dalam masyarakat. Fardu kifayah bemaksud, sekiranya masyarakat tersebut sudah meninggalkan kemungkaran dan membuta kebaikan, tetapi jika sekiranya masyarakat masih lagi melakukan kemungkaran, maka setiap muslim wajib memikul tanggungjawab tersebut atau memberi sokongan kepada pendakwah. Setiap orang wajib menambah kekuatan dan memberi Sokonngan kepada para pendakwah, meramaikan bilangan mereka sehingga mereka menjadi kuat, hebat, dan mempunyai pengaruh yang cukup untuk mencegah kemaksiatan.

Ciri-Ciri Pendakwah
Pendakwah mempunyai kedudukan yang sangat penting sekali dalam agama. Allah berfirman bahawa dakwah itu adalah sebaik-baik perkataan:“Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah serta beramal salih seraya berkata saya seorang muslim” (Fushilat; 33)

Pendakwah merupakan golongan yang mewarisi peranan para Nabi dan Rasul yang menyampaikan ajaran agama kepada setiap manusia dan menyeru manusia kepada Allah. Justeru itu, mereka sudah semestinya lebih wajar dari orang lain dalam menghiasi diri mereka dengan akhlak Islam seperti mempunyai sifat benar, amanah, pemaaf, lemah-lembut, tawadu’, memudahkan, mulia dan pemurah. Di samping itu, mereka harus menjauhkan diri dari sifat-sifat bohong, munafik, pemarah, sombong, megah, bakhil dan kedekut. Pendakwah yang beramal dengan akhlak islami ini akan membawa pengaruh yang sangat besar dalam perubahan yang dikehendaki dan mendapat penghormatan yang tinggi dalam masyarakat.

Abul A’la Al-Mawdudi telah mernggariskan sifat-sifat yang perlu ada kepada para pendakwah. Pertama, pendakwah harus mempertingkatkan kualiti dirinya sehingga ia betul-betul taat kepada Allah dan Rasul, serta tunduk kepada apa yang dibawa oleh Rasul. Ia harus terlebih dahulu memerangi musuh dalam dirinya melalui jihad nafs sebelum berhadapan dengan musuh-musuh lain. Kedua, seorang pendakwah harus berpegang teguh dengan prinsip yang dipoegangnya dan matlamat perjuangan, mengajak orang yang diseru dengan cara yang lembut, tidak kasar atau bermusuhan, tidak menghina mereka, tidak menanamkan rasa kebencian tetapi tanamkan rasa kasih sayang, persaudaraan dan perikemanusiaan.

Di samping sifat-sifat tertentu yang perlu ada kepada pendakwah, setiap pendakwah juga perlu mempunyai persiapan-persiapan dalam menjalankan tugasnya agar perjuangannya memperolehi kejayaan. Beberapa persiapan yang perlu ada bagi seorang pendakwah ialah menguasai ilmu pengetahuan yang luas terutama dalam bidang agama, memahami kandungan al-Quran, halal-haram, memahami hakikat dunia, tipu dayanya dan sebagainya. Pendakwah juga harus mempunyai keimanan yang kuat bagi menghadapi pelbagai cabaran dan halangan dalam berdakwah. Selain itu, seoarang pendakwah perlu mempunyai sifat sabar seperti teliti, tidak tergopoh gapah dalam semua tindakan, mempunyai tekad yang kuat, tidak bersifat pesimis atau berputus asa, pendirian yang teguh dan selalu memelihara keseimbangan antara akal dan emosi, di mana akal akan tetap mengawal emosi, bukan sebaliknya. Persiapan yang lain ialah mesti mempunyai sifat sedia memberi pertolongan dan bersedia berkorban masa, tenaga, fikiran, dan harta. Mereka juga perlu, mempunyai perasaan cinta kepada perjuangan dan memiliki semangat yang tinggi dalam mencapai tujuan serta menyediakan diri untuk terus bekerja terus menerus, secara teratur dan berkesinabungan.

Methodologi Dakwah
Pada dasarnya dakwah mestilah dilakukan tanpa kekerasan kerana Islam tidak membolehkan kekerasan atau paksaan dalam agama seperti Firman Allah:“Tiada paksaan dalam beragama(masuk Islam). Sesungguhnya sudah nyata petunjuk dari kesesatan”(Al-Baqarah; 256)

Menurut al-Mawdudi, paksaan akan melahirkan nifaq dan munafiq kerana dakwah adalah mengajak dengan kesedaran. Namun demikian, terkadang diperlukan kekerasan untuk menjaga kemuliaaan agama atau untuk memelihara masyarakat, negara dan sebagainya. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah:“Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tidak sangggup dengan lidahnya. Jika ia tidak sanggup, maka dengan hatinya dan ini adalah iman yang paling lemah. ” (Hadis Sahih Muslim)

Dakwah yang hendak dilakukan hendaklah mengikut metodologi yang diikuti oleh para Nabi dan Rasul, disamping menyesuaikannya dengan perubahan zaman dan persekitaran, mengikut apa yang terbaik untuk zaman dan masyarakat tersebut. Dakwah boleh disampaikan secara lisan, tulisan atau memanfaatkan dari perkembangan teknologi maklumat yang wujud pada masa kini. Secara dasarnya, al-Quran telah memperjelaskan tiga cara dakwah yang efektif, seperti Firman Allah yang bermaksud: “Serulah kepada jalan tuhan kamu dengan cara hikmah, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. ” (Al-Nahl; 125)

Ahli tafsir tela menghuraikan maksud tiga cara tersebut:

Hikmah
Iaitu keterangan yang jitu dan tepat yang dapat meyakinkan dan menghilangkan keraguan, dengan memasukkan roh tauhid dengan akidah iman, dalil-dalil dan keterangan-keterangan yang jelas sehingga meyakinkan akal. Termasuk dalam hikmah ialah dengan menggunakan susunan kata-kata yang biasa dan senang diterima akal dan bukannya menggunakan kata-kata yang tidak difahami atau sukar difahami oleh penerima dakwah sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah SAW.

Nasihat Yang Baik(Mauizah Hasanah)
Iaitu huraian–huraian yang memberi petunjuk dan nasihat yang dapat menyedarkan dan membuka pintu hati untuk mentaati semua pertunjuk Islam. Huraian-huraian ini dilakukan dengan jelas dan tanpa menyakitkan hati orang lain. Metode ini ditujukan kepada orang-orang yang menerima dan sudah komited dengan prinsip dan fikrah Islam. Mereka tidak memerlukan kecuali nasihat untuk mengingatkan, memperlembutkan hati, dan menjernihkan segala kekeruhan yang wujud.

Berdialog Dengan Cara Yang Baik
Iaitu memberi hujah atau bukti-bukti yang dapat menolak sanggahan dan pendapat lawan. Menurut Amin Ahsan Ishlahi, metode mujadalah hasanah adalah metode yang diizinkan oleh al-Quran, iaitu dengan pendakwah memberi penjelasan kepada pihak lawan dengan menggunakan prinsip-prinsip dan kesimpulan logik agar dapat agar mereka dapat merenungkannya, menerima kebenaran atau tidak menentang seruan dakwah lagi.

Cara Berdakwah
Telah kami jelaskan di dalam pendahuluan bahawa tugas dakwah bererti melaksanakan tugas yang besar di bumi ini menegakkan agama Allah di bumi iaitu dengan menegakkan negara Islam di seluruh dunia yang berteraskan khilafah Islamiyyah,. Kita perlu berusaha mendapatkan sebuah negara baru Islam untuk penyebaran agama Allah di muka bumi ini.

“Sehingga tidak ada fitnah dan jadilah agama semuanya untuk Allah” (Surah Al-Baqarah; 193)

Telah dijelaskan juga bahawa binaan yang besar ini memerlukan contoh teladan yang baik dalam setiap peringkat pembangunan dari setiap individu, keluarga, masyarakat muslim, kerajaan islam, negara islam dan khilafah Islmamiyyah. Di sini terdapat perbezaan di antara menegakkan kerajaan Islam yang lemah di dalam kelompok negara Islam yang asas lemah, yang tidak ada satu jalinan yang kukuh di antara kerajaan–kerajaan dengan menegakkan negara Islam di seluruh dunia yang kuat dan bersepadu berdasarkan asas yang kukuh dan jitu. Satu perkara yang perlu diperhatikan ialah bahawa kita tidak boleh menbangunkan manusia dengan cara yang mudah yang tersedia untuk dimajukan tetapi kita perlu bersihkan segala ranjau dan halangan untuk pembangunan manusia.

“Allah tidak akan mengubah apa pada kaum itu sehingga mereka itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (Surah al-Ra’d; 11)

Ada Cita-Cita Yang Tidak Putus Asa
Di dalam dakwah kita tidak harus ada perasaan putus asa disebabkan kerana banyaknya ranjau dan halangan yang ada dalam masyarakat kita. Sebaliknya perlu ada cita-cita agar kita dapat mengatasi ranjau dan halangan yang ada itu dengan pertolongan Allah. Kita juga perlu mempunyai sifat-sifat bersih hati, takwa dan baik supaya kita dapat membina masyarakat yang sejahtera dan kukuh.

Kalau kita lihat masyarakat jahiliah pada masa Rasulullah kita dapati keadaan mereka amat dasyat sekali. Walaupun begitu keadaannnya, beliau boleh berubah hingga menjadi masyarakat yang baik, berkasih sayang, mementingkan sahabat dari dirinya dan bekerjasama untuk kebaikan. Semua ini didasarkan pada aqidah, tauhid kepada Allah dan pengabdian diri terhadap-Nya. Sebagai kesan dari ajaran Al-Quran dan Rasulullah yang menjadi contoh teladan di dalam berdakwah. Sekiranya kita mengikut cara yang digariskan oleh Rasulullah iaitu dengan berpegang pada Al-Quran dan Sunnah, maka dengan pertolongan Allah, masyarakat kita pasti akan berubah dan terhindar dari wabak yang melanda masyarakat kita hari ini Oleh itu, generasi yang terkemudian ini tidak akan berjaya kecuali dengan mengikut cara orang-orang terdahulu. Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna telah menggambarkan keadaan orang-orang Islam masa kini dan cara mengatasinya.

“Sesungguhnya ummat ini telah ditimpa satu keadaan yang mengancam kedudukan dan menggoncang bangunannya pada zahirnya seolah-olah ia sedang dilanda ombak penyakik, hina dan lemah yang menjadi buruan orang-orang yang tamak dan perampas. Ianya tidak berdaya untuk mempertahankan diri dari pencerobohan kebudayaan. Cara mengatasinya ialah dengan tiga cara: Mengenal pasti punca penyakit, sabar dalam kesakitan untuk diubati oleh doktor yang mahir yang mengendalikannya sehingga Allah melaksanakan apa yang dikehendaki dan sembuh dengan sempurnanya serta mendapat kemenangan. ”

Setelah dibentangkan tentang keadaan setengah dari negara Islam yang sedang dilanda wabak penyakit dan kerosakan beliau menambah: “Apa yang diharapkan oleh ummat Islam yang sedang diserang dari segenap penjuru dari segala kekuatan yang ada pada mereka, yang terdiri dari penjajahan, kepartian, riba, syarikat-syarikat asing, pemikiran bebas, pendidikan dan perundangan yang kucar-kacir, putus asa, kikir, pengecut, penakut, mengagungkan musuh yang mempengaruhi mereka menyebabkan mereka menurut apa sahaja yang dibawa oleh musuh mereka terutama dalam perkara yang buruk. Satu dari penyakit-penyakit ini sudah cukup untuk membunuh ummat secara terang-terang, bagaimana nhalnya jika penyakit itu ada pada semua ummat. Kalaulah tidak ada benteng dan perisai yang kuat di dalam ummat ini nescaya hanya tinggal kesannya sahaja, tetapi Allah dan juga orang-orang yang beriman tidak menghendakinya. ”

Setelah hilangnya rasa putus asa dari hati orang-orang Islam ia berkata: “Apa yang ada disekitar kita ini memberi harapan baik walaupun orang lain menganggapnya buruk. Sesungguhnya ummat Timur ini telah dilanda zaman beku sehingga dipenuhi dengan kebekuan dan dilanda dengan diam sehingga terlena dengan diam. Tetapi sekarang ia bangkit dalam keadaan menggelegak dan menyeluruh di dalam setiap aspek kehidupan serta mempunyai semangat yang kuat. Kalaulah tidak kerana ikutan-ikutan dari satu segi dan strategi yang tidak teratur nescaya ia telah meninggalkan kesan yang menakjubkan. Ikutan-ikutan itu tidak akan berlanjutan sepanjang zaman tetapi masa itu akan berubah dengan kehendak Allah. Semuanya di dalam kekuasaan Allah sama ada bagi yang telah lalu atau yang akan datang. Oleh itu, kita tidak putus asa selama-lamanya. ”

Inilah yang telah diperkatakan oleh Imam Al-syahid Hassan Al-banna. Kita sekaranng berjalan mengikut uslub dawah dan kita tidak putus asa dan berusaha untuk mengubah keadaan yang ada dan mengubah penyakit yang menimpa masyarakat walau banyak mana pun penyakit tersebut dengan perpandukan contoh teladan iaitu Rasullah SAW dan para sahabatnya dengan cara hikmat, nasihat yang baik praktikal dan usaha yang berterusan dengan pertolongan Allah. Usaha-usaha kea rah menbersihkan akidah tauhid dari pencemaran dan khurafat yang telah banyak dilakukan dan terus di laksanakan. Tuntutkan media massa di bersihkan dari unsur-unsur yang merosakkan sering kedengaran semuanya ini menberikan harapan yang baik pada perubahan yang mengalakkan.

Kesimpulan
Dari perbincangan di atas dapat difahami bahawa dakwah merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul oleh setiap muslim bagi menyeru manusia ke arah kebenaran dan hidayat. Dakwah yang hendak dilakukan hendaklah mengikut metologi yang ditunjukkan oleh para Nabi dan Rasul, panduan al-Quran dan Hadis Nabi atau dakwah yang hendak dijalankan mencapai matlamatnya. Di samping itu, dakwah tidak hanya terhad kepada seruan secara lisan, tetapi juga harus menggunakan media yang luas dan terkini asalkan tidak bercanggah dengan ajaran islam. Golongan pendakwah yang menyeru manusia ke arah kebenaran haruslah terlebih dahulu mempraktikkan akhlak islam dan mempunyai sifat-sifat yang ditunjukkan. Pendakwah akan terus berhadapan dengan pelbagai tribulasi dalam usahanya untuk menyampaikan kebenaran kerana ia merupakan satu sunnah perjuangan.